Sunday, May 22, 2011

journey MACHANG-KB

while driving 40km alone dari Machang ke rumah di KB (hampir la) selepas menyelesaikan tanggungjawab, saya turn the audio on dan press butang2 untuk cari fm yang mendendangkan lagu-lagu bes.

FM 1 tengah bercerita, tak larat nak dengar. letih-letih ni kepala nak dengar hawa-hawa telinga yang best dan menenangkan sahaja. hawa-hawa yang boleh menghilangkan stress dan yang boleh melupakan perkara-perkara yang tak patut di ingat.

Press lagi.

FM 2 iklan.adus!

Press lagi.

FM 3 berita.alamak tak mau..walaupun perlu sebenarnya.

Tekan lagi.

FM 4 Rudy tengah merosakkan lagu.tak mau. sambil tekan, mata fokus ke jalan. 8km/hour je. tak laju kan? kelajuan biasa dah tu.

Dalam tekan-tekan tu dapatlah satu FM yang memutarkan lagu yang agak familiar. ok lah.boleh lah layan.nasib baik ada daripada tak ada.akhirnya...untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bosan, saya dalam tidak sedarnya telah dengan semangatnya turut sama menyanyikan lagu itu. agak tinggi jugakla volume suaraku. who cares kan? dalam kereta sorang2. bukannya orang boleh dengar merdu ke sumbang ke. orang tak kisah, dan saya pun tak kisah.

cuma dari luar, orang akan kata "semangatnya kakak dalam kereta tu menyanyi, penuh emosi" itupun kalau ada orang terpandang dan terperasan. macam la ada...

nyanyi punya nyanyi, akhirnya habislah lagu tu..sy pun kembali diam dan kembali fokus ke jalan raya dan DJ FM kembali dengan tugasnya. dalam DJ tu omong-omong, tertangkaplah ayatnya yang maksudnya lebih kurang begini:

"lagu 1 MALAYSIA itu diilhamkan sepenuhnya oleh warga LIMKOKWING UNIVERSITY"

OUCHH!!!

No comments:

Post a Comment