Tuesday, August 23, 2011

Pengkalan Kubor

Begini ceritanya..

June yg lepas. Saya berjalan2 membeli-belah dengan my best buddy dekat Pengkalan Kubor (one of shopping center yang glemer dekat kelantan..hehe)

Kami xde la ada tujuan nak beli apa2 kat sana. Saja g jalan2. Makan angin n makan ais krim.

Shopping center Pengkalan Kubor ni ala-ala Jalan TAR la di KL tu dan kebanyakan yang berniaga di situ adalah orang Siam sebab Pengkalan Kubur ni betul2 berada di laluan masuk Malaysia-Thailand.

Di sepanjang laluan deretan-deretan kedai tu, ada disediakan bangku-bangku yang disediakan khas untuk orang awam duduk n berehat sebentar. Terutamanya untuk parents yang ada anak-anak kecil dan warga tua.

Dalam duk window shop depan deretan kedai tu, kami melintasi bangku yang diduduki oleh seorang bapak (tengah baca paper) dengan anak lelakinya agak-agak 5 tahun umurnya. Anak lelaki beliau duk main tembak-tembak ngan senapang mainan yang berbateri n berwarna hitam n berbunyi bising. Baru beli agaknya..

Ini version pink

Disebabkan bising ngan bunyi senapang mainan tu si ayah berkata dekat si anak. Lebih kurang begini bunyinya

"Ish! cukup2 lah tembak tu!Mati belako doh orang!"

Hihihihihihi

Lucu tak korang??tak eh??Koya!!

Korang tak tp kami gelak on the dot kat situ. Agak geli hati bagi kami.hihihihi


Raya oh raya!!

Assalamualaikum...

24 hari sudah kita berpuasa. 6 hari lagi dah nak raya.

Ntah kenapa, tahun saban tahun kemeriahan raya makin tak terasa. Tak macam waktu kecik-kecik dulu. Walaupun puasa tak cukup, raya tu rasa best yang amat. Boleh main bunga api, makan biskut raya yang best2, jumpa dan bergelak ketawa bersama sepupu sepapat yang sebaya dan yang paling best sekali..dapat duit raya!!

Bila dah dewasa ni, semua tu dah takde. Main bunga api tu memang la boleh kan, tapi macm tak sedar diri la pulak. Biskut raya yang best masih lagi ada, tapi dah tak sesemangat dulu nak makan. Sepupu sepapat pn masih ada, tp masing-masing dah besar. Dah ada haluan masing-masing dan dah tak serapat dulu. Duit raya..dulu menerima duit raya, tapi sekarang perlu memberi duit raya.huhu...

Tapi yang paling sedih lagi..dulu both nenek masih ada..sekarang both dah takde..Waaaa!!!I miz them so very much!!

Walaupun begitu, raya tetap disambut seperti biasa. Ziarah menziarahi dan maaf memafkan masih lagi di amalkan. Baju raya, kasut raya dan biskut raya semua ada. Kerepek pn ada. Rasanya macam dah terlebih-lebih la pulak kat rumah tu.hehehe

Apa yang penting, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada, apa yang Dia anugerahkan kepada kita. Kita perlu semangat dalam meniti sehari-harian kehidupan kita. There are ups and downs in life. Biasa la tu kan. Downs diperlukan untuk merasai ups. Dan bila kita ups jangan la pula enjoy tak ingat dunia. So, both ups and downs adalah dugaan.

Yang pasti, amalan yang wajib jangan tinggal. Amalan sunat perlu diperbanyakkan. Terutamanya sekarang ni kita berada dalam 10 akhir Ramadhan. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya ni..heheheh

Moga-moga diberi kesejahteraan dan keberkatan oleh-Nya. Itu yang paling penting!!AMINNN!!!




Saturday, August 20, 2011

Besarnya Keistimewaan Wanita

Daripada Aisyah r.a

"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Orang kata menjaga anak perempuan ni susah. Bersabarlah..dalam susah-susah itu ada ganjarannya.





Putus

Putus sudah ikatan yang tak wujud itu.

Its ok!

As long as ikatan yang sememangnya wujud tidak putus.

Sunday, August 14, 2011

Iktikaf


Iktikaf bermaksud berdiam diri di dalam masjid sebagai satu ibadah sunat pada bulan Ramadhan terutamanya 10 Ramadhan terakhir.

Berdiam diri??

Takde la berdiam diri semata-mata..Perlulah kita iringi dengan zikir, tafakkur dan berdoa. Memohon keredhaan dan keampunan Allah S.W.T.

Untuk beriktikaf kita perlu berniat, berdiam diri di dalam masjid yang biasa digunakan untuk solat Jumaat, baligh serta bersih dari sebarang hadas.

Beriktikaf boleh membantu kita mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari godaan dosa dunia dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia.

Tuesday, August 9, 2011

Words

There are meaningful words.

There are pointless words.

And

There are words that hurt.


So, don't say a word if it is not a meaningful word.

Saturday, August 6, 2011

Rise and Fall

What we do, does not define who we are.

What defines us is how well we rise after falling.



Ye kah??

Dipetik dari movie Maid in Manhattan

Penemuan baek punye!!

Pada suatu hari, sewaktu duk mengemas-ngemas rak buku. Saya terjumpa buku lama himpunan resepi-resepi. Pastinya bukan saya punya. Mak yang punya.

Dalam duk membelek-belek, saya terjumpa sehelai kertas terselit dalam buku tu. Kertas koyakan dari majalah lama yang juga mengandungi resepi.

Resepi nasi beriani dan ayam masala.NYUM!!NYUM!!MENARIK!!

Tapi yang menarik lagi perhatian saya adalah artikel pada helaian belakang kertas tu.

CARA MENGHADAPI ORANG YANG PANAS BARAN

* Kita hendaklah selalu beralah sebab beralah tidak bererti kalah.
* Jangan nyalakan api kemarahannya dengan berlawan-bertikam lidah.
* Tunggu dan dengar sahaja-jangan bantah.
* Baca selalu ayat 1-5 @ 6 @ 7 @ 8 daripada Surah Thaha.
* Sekiranya tidak membahayakan ketika radangnya, peluklah dia erat sambil bacakan selawat.InsyaAllah (untuk yang muhrim / yang sama jantina saje ye..kome jgn duk gatal2 buat dekat yang bukan muhrim)
* Jika perlu, sentiasa baca 7 kali Ayat 200 Surah Ali-Imran pada air minuman/makanannya.

Kenapa artikel ni menarik perhatian saya??Adakah kerana saya dikelilingi org yang panas baran?? Oh tidak sama sekali.NO!NO!..Buat masa sekarang la kan. Kalau ada InsyaAllah saya akan amalkan yang diatas.

Yang menarik perhatian saya adalah kerana artikel ni mention pasal kelebihan ayat-ayat al-Quran. Jadi saya terfikir untuk share di entry ini. Itu saja pun.

Ops..i nearly forgot..helaian kertas tu adalah dari majalah Jelita April 1997 page 169.

Monday, August 1, 2011

Young vs elderly

The young surely do mistakes

But we the elderly are not always right

We do need each other to learn, improve and live our life