Saturday, August 6, 2011

Penemuan baek punye!!

Pada suatu hari, sewaktu duk mengemas-ngemas rak buku. Saya terjumpa buku lama himpunan resepi-resepi. Pastinya bukan saya punya. Mak yang punya.

Dalam duk membelek-belek, saya terjumpa sehelai kertas terselit dalam buku tu. Kertas koyakan dari majalah lama yang juga mengandungi resepi.

Resepi nasi beriani dan ayam masala.NYUM!!NYUM!!MENARIK!!

Tapi yang menarik lagi perhatian saya adalah artikel pada helaian belakang kertas tu.

CARA MENGHADAPI ORANG YANG PANAS BARAN

* Kita hendaklah selalu beralah sebab beralah tidak bererti kalah.
* Jangan nyalakan api kemarahannya dengan berlawan-bertikam lidah.
* Tunggu dan dengar sahaja-jangan bantah.
* Baca selalu ayat 1-5 @ 6 @ 7 @ 8 daripada Surah Thaha.
* Sekiranya tidak membahayakan ketika radangnya, peluklah dia erat sambil bacakan selawat.InsyaAllah (untuk yang muhrim / yang sama jantina saje ye..kome jgn duk gatal2 buat dekat yang bukan muhrim)
* Jika perlu, sentiasa baca 7 kali Ayat 200 Surah Ali-Imran pada air minuman/makanannya.

Kenapa artikel ni menarik perhatian saya??Adakah kerana saya dikelilingi org yang panas baran?? Oh tidak sama sekali.NO!NO!..Buat masa sekarang la kan. Kalau ada InsyaAllah saya akan amalkan yang diatas.

Yang menarik perhatian saya adalah kerana artikel ni mention pasal kelebihan ayat-ayat al-Quran. Jadi saya terfikir untuk share di entry ini. Itu saja pun.

Ops..i nearly forgot..helaian kertas tu adalah dari majalah Jelita April 1997 page 169.

2 comments:

  1. Ayat 200 Surah Ali-Imram juga berguna utk biar org sentiasa kasih terhadap kita. sesuai bila berumahtangga nanti. sharing is caring :)

    ReplyDelete