Sunday, December 11, 2011

Dih?

Dalam duk saje2 sambil tengok masterchef ni tiba-tiba teringat satu cerita zaman belajar dolu-dolu...

Here it is.

One night, i went to a kelantanese friend room (as you may know im also a kelantanese).her name is shay.she shared the room with a selangorians friendly curious roomate who was always eager to learn loghat klate.

As i reached and entered their room..shay asked me

"Farah..nurul(shay's roomate) kato ore klate mesti akan guna 'dih'..ye ko?tak semestinya dih?"

me answered

"aah!mana ado shay dih?"

Ops!hehe



Nurul LOL sampai terguling2

Sunday, December 4, 2011

Wanita vs Aurat

"Wanita yang mendedahkan aurat adalah jahat?"

Tak semestinya

"Wanita yang menutup aurat adalah baik?"

Ermmm....tak jugak

"Wanita yang jahat mesti mendedahkan aurat?"

Ishk!Tak de la gtu





Apa yang pasti

"Wanita yang baik mesti menutup aurat"

Saturday, December 3, 2011

Dalam Librari

Saya suka ini

Jadi, nak kongsi di sini

Dalam librari aku tersengguk.
Seorang tua tersenyum menegur.
Tak guna membuka buku menutup mata.
Kan elok menutup buku membuka mata?

Mulai esoknya dalam librari
ku tak pernah tersengguk lagi
walau orang tua sudah lama tidak kusua.

Dalam librari kini ku membaca,
mataku sering ke kerusi orang tua yang sudah tiada.

By: A.Samad Said



Ps: Suka suka walaupun tak faham sepenuhnya..huhu






Tuesday, November 15, 2011

Inverse

majority nak loss weight

kita nak gain weight...itu yang dikatakan songsang tu

org kata senang jer..

makan bnyak2 akan gain lah weight...tp susah sebenarnya...walaupun hanya makan makan dan makan..tapi perlu fikir jugak kesihatan..pemakanan mesti sihat..taknak jugak badan nampak cun n sexy tapi tak sihat

tapi

apa yang saya dapati paling penting dalam projek gaining weight saya kali ini adalah

BREAKFAST!!

jika saya terskip breakfast selama 2 hari...weight saya akan turun...jika saya mantain breakfast..weight akan kekal secantik-cantiknya

so, from now on

saya takkan skip my every morning breakfast


yeah!!

Saturday, October 29, 2011

I miss YOU!!!

Rasa mau jalan-jalan makan-makan cari pasal shopping-shopping ketawa-ketawa terbahak-bahak bersama kawan-kawan macam dulu-dulu waktu muda-muda strang tang tang.

huhuhuhuhuhuhu..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, October 19, 2011

Cerita

Begini ceritanya

Banyak perkara berlaku semenjak 2 menjak 3 menjak ni..macam2 kisah. kisah diri sendiri. kisah kerja dan sebagainya.pening rasanya.tp Alhamdulillah..masih hidup berdiri lagi

Dan dalam 2 bulan ni juga, ada beberapa kali saya ke shopping malls...utk beli brang2 keperluan n bnyknya utk window shop..hehehe

Dalam duk berwindow shop...seperti biasa, akan ada promoter yg ditugaskan untuk assist kita...ada yang akan tengok dari jauh..ada yg rajin akan promote their products..ada yang menyakat bergurau senda dengan promoter product sebelah..dan ada yang buat tak kisah n tak layan...saya tak kisah pun..sebab bukan nak beli..huhu

Yang paling menarik perhatian saya adalah promoter meluahkan masalah kepada promoter yang lain..smpai kadng2 terlupa akan kehadiran customers..dari bisik2 ke volume yg lebih tinggi..sampai menangis pn ada..saya ada jugak terdengar (tak sengaja tau!!)..memang agak parah jugak masalh diorang ni rupanya...apa lagi saya cabut cepat2..tak nak terdengar yang lebih2

Lain2 orng lain masalahnya...lagi parah n lagi complicated rupanya

I am glad to be me..Rasa lebih bersyukur yang amat..serius!


Alahamdulillah

Saturday, October 15, 2011

Kata

Mas Ayu Diana (a friend of mine) kata:



Keredhaan Allah

adalah

melalui

keredhaan Ibubapa

Thursday, September 15, 2011

Here We Go Again!!

Hello!!

Its the beginning of another semester. After a long long break.

Welcome back!!

Students

Students' Papers, Quizzes, Tests

Assessment, Consultation



Am so glad they are here now

Its been so long

Miss them so much!!

Sunday, September 4, 2011

Bukan Rezeki

Ishk!!

....

....

....

....

....

Ruginya

Selamat Hari Raya!!

Meriahnya raya

Sanak-saudara sahabat handai berkumpul bersama-sama

Bergelak ketawa bersama-sama

Bermaaf-maafan sesama kita

Kuih-muih yang beraneka rasa

Berbaju raya yang segak bergaya

Kanak-kanak riang ria

Dapat sampul berduit raya

Bermain bunga api berbagai warna


Bersyukur kita kepada DIA

Kerana memberikan kita nyawa

dan diberikan peluang menikmati nikmat yang ada

ALHAMDULILLAH!!!


Tuesday, August 23, 2011

Pengkalan Kubor

Begini ceritanya..

June yg lepas. Saya berjalan2 membeli-belah dengan my best buddy dekat Pengkalan Kubor (one of shopping center yang glemer dekat kelantan..hehe)

Kami xde la ada tujuan nak beli apa2 kat sana. Saja g jalan2. Makan angin n makan ais krim.

Shopping center Pengkalan Kubor ni ala-ala Jalan TAR la di KL tu dan kebanyakan yang berniaga di situ adalah orang Siam sebab Pengkalan Kubur ni betul2 berada di laluan masuk Malaysia-Thailand.

Di sepanjang laluan deretan-deretan kedai tu, ada disediakan bangku-bangku yang disediakan khas untuk orang awam duduk n berehat sebentar. Terutamanya untuk parents yang ada anak-anak kecil dan warga tua.

Dalam duk window shop depan deretan kedai tu, kami melintasi bangku yang diduduki oleh seorang bapak (tengah baca paper) dengan anak lelakinya agak-agak 5 tahun umurnya. Anak lelaki beliau duk main tembak-tembak ngan senapang mainan yang berbateri n berwarna hitam n berbunyi bising. Baru beli agaknya..

Ini version pink

Disebabkan bising ngan bunyi senapang mainan tu si ayah berkata dekat si anak. Lebih kurang begini bunyinya

"Ish! cukup2 lah tembak tu!Mati belako doh orang!"

Hihihihihihi

Lucu tak korang??tak eh??Koya!!

Korang tak tp kami gelak on the dot kat situ. Agak geli hati bagi kami.hihihihi


Raya oh raya!!

Assalamualaikum...

24 hari sudah kita berpuasa. 6 hari lagi dah nak raya.

Ntah kenapa, tahun saban tahun kemeriahan raya makin tak terasa. Tak macam waktu kecik-kecik dulu. Walaupun puasa tak cukup, raya tu rasa best yang amat. Boleh main bunga api, makan biskut raya yang best2, jumpa dan bergelak ketawa bersama sepupu sepapat yang sebaya dan yang paling best sekali..dapat duit raya!!

Bila dah dewasa ni, semua tu dah takde. Main bunga api tu memang la boleh kan, tapi macm tak sedar diri la pulak. Biskut raya yang best masih lagi ada, tapi dah tak sesemangat dulu nak makan. Sepupu sepapat pn masih ada, tp masing-masing dah besar. Dah ada haluan masing-masing dan dah tak serapat dulu. Duit raya..dulu menerima duit raya, tapi sekarang perlu memberi duit raya.huhu...

Tapi yang paling sedih lagi..dulu both nenek masih ada..sekarang both dah takde..Waaaa!!!I miz them so very much!!

Walaupun begitu, raya tetap disambut seperti biasa. Ziarah menziarahi dan maaf memafkan masih lagi di amalkan. Baju raya, kasut raya dan biskut raya semua ada. Kerepek pn ada. Rasanya macam dah terlebih-lebih la pulak kat rumah tu.hehehe

Apa yang penting, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada, apa yang Dia anugerahkan kepada kita. Kita perlu semangat dalam meniti sehari-harian kehidupan kita. There are ups and downs in life. Biasa la tu kan. Downs diperlukan untuk merasai ups. Dan bila kita ups jangan la pula enjoy tak ingat dunia. So, both ups and downs adalah dugaan.

Yang pasti, amalan yang wajib jangan tinggal. Amalan sunat perlu diperbanyakkan. Terutamanya sekarang ni kita berada dalam 10 akhir Ramadhan. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya ni..heheheh

Moga-moga diberi kesejahteraan dan keberkatan oleh-Nya. Itu yang paling penting!!AMINNN!!!




Saturday, August 20, 2011

Besarnya Keistimewaan Wanita

Daripada Aisyah r.a

"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Orang kata menjaga anak perempuan ni susah. Bersabarlah..dalam susah-susah itu ada ganjarannya.





Putus

Putus sudah ikatan yang tak wujud itu.

Its ok!

As long as ikatan yang sememangnya wujud tidak putus.

Sunday, August 14, 2011

Iktikaf


Iktikaf bermaksud berdiam diri di dalam masjid sebagai satu ibadah sunat pada bulan Ramadhan terutamanya 10 Ramadhan terakhir.

Berdiam diri??

Takde la berdiam diri semata-mata..Perlulah kita iringi dengan zikir, tafakkur dan berdoa. Memohon keredhaan dan keampunan Allah S.W.T.

Untuk beriktikaf kita perlu berniat, berdiam diri di dalam masjid yang biasa digunakan untuk solat Jumaat, baligh serta bersih dari sebarang hadas.

Beriktikaf boleh membantu kita mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari godaan dosa dunia dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia.

Tuesday, August 9, 2011

Words

There are meaningful words.

There are pointless words.

And

There are words that hurt.


So, don't say a word if it is not a meaningful word.

Saturday, August 6, 2011

Rise and Fall

What we do, does not define who we are.

What defines us is how well we rise after falling.



Ye kah??

Dipetik dari movie Maid in Manhattan

Penemuan baek punye!!

Pada suatu hari, sewaktu duk mengemas-ngemas rak buku. Saya terjumpa buku lama himpunan resepi-resepi. Pastinya bukan saya punya. Mak yang punya.

Dalam duk membelek-belek, saya terjumpa sehelai kertas terselit dalam buku tu. Kertas koyakan dari majalah lama yang juga mengandungi resepi.

Resepi nasi beriani dan ayam masala.NYUM!!NYUM!!MENARIK!!

Tapi yang menarik lagi perhatian saya adalah artikel pada helaian belakang kertas tu.

CARA MENGHADAPI ORANG YANG PANAS BARAN

* Kita hendaklah selalu beralah sebab beralah tidak bererti kalah.
* Jangan nyalakan api kemarahannya dengan berlawan-bertikam lidah.
* Tunggu dan dengar sahaja-jangan bantah.
* Baca selalu ayat 1-5 @ 6 @ 7 @ 8 daripada Surah Thaha.
* Sekiranya tidak membahayakan ketika radangnya, peluklah dia erat sambil bacakan selawat.InsyaAllah (untuk yang muhrim / yang sama jantina saje ye..kome jgn duk gatal2 buat dekat yang bukan muhrim)
* Jika perlu, sentiasa baca 7 kali Ayat 200 Surah Ali-Imran pada air minuman/makanannya.

Kenapa artikel ni menarik perhatian saya??Adakah kerana saya dikelilingi org yang panas baran?? Oh tidak sama sekali.NO!NO!..Buat masa sekarang la kan. Kalau ada InsyaAllah saya akan amalkan yang diatas.

Yang menarik perhatian saya adalah kerana artikel ni mention pasal kelebihan ayat-ayat al-Quran. Jadi saya terfikir untuk share di entry ini. Itu saja pun.

Ops..i nearly forgot..helaian kertas tu adalah dari majalah Jelita April 1997 page 169.

Monday, August 1, 2011

Young vs elderly

The young surely do mistakes

But we the elderly are not always right

We do need each other to learn, improve and live our life

Sunday, July 24, 2011

Saturday, July 23, 2011

Kesan Kak Limah



Pada satu malam, lebih kurang jam 1. It was friday night. Saya masuk bilik air untuk ambil wudu' (hehe..Isya' lambat sikit), gosok gigi, basuh muka dan sebagainya. Agak lama juga sy berada dalam bilik air. Biasa la kan, perempuan...

Lepas basuh muka. Saya gosok gigi..Sedang gosok gigi, tiba2 terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Someone entered my bedroom (I was in the bathroom of the bedroom). Amani or Damia kot, i thought (Amani (4) and Damia (5) are my little cousins yg memang selalu datang tido di rumah kami since kami sekeluarga suka kanak2 and the youngest in the family pn dah 16). Normally, kalau diorang masuk sure akan bising. Tapi ni diam saje. Weird...

"Sape tu?"....no voice in return...silent...xpelah...salah dengar kot...sy relax jelah..teruskan perjuangan menggosok gigi.

Sekejap kemudian, ada satu bunyi. Bunyi seperti seseorang scratching pintu bilik air dari luar. Ha!!!Bunyi tu memang sangat jelas.

Then, datang someones voice bersama2 dengan bunyi scratching tu..."HUUSIIIIINNNNNN.........HUUUSIIIINNNNN.....HHUUUSSIIIINNNN.....". I KNEW IT!!!Suara Amani yang berumur 4 tahun. HAHAHAHAHAHAHA!!!!! (lucu kan kan kan??)


KESAN KAK LIMAH!! Budak2 pn suka movie tu. Amani yang berumur 4 tahun tu pn pandai tiru.

Amani is the one yg tido belah kanan. The left one is her sister Damia.

Tuesday, July 19, 2011

Please Please Please

Good times for a change
See, the luck i've had
Can make a good man
Turn bad

So please please please
Let me, let me, let me
Let me get what i want
This time

Haven't had a dream in along time
See, the life i've had
Can make a good man bad

So for once in my life
Let me get what i want

by The Smith

Suka lagu ni...layan jiwa sikit..hehe...tak elok untuk kesihatan sebenarnya..tp takpelah..LAYAN...

Monday, July 18, 2011

Cubaan Pertama

Terlambat sudah sebenarnya. Tapi nak jugak citer.

On December 2010 (exact tarikh pn dah tak ingat). 3 0f us (Kak Shima, Mas n Saya) went to Sabah for a conference - Seminar Kebangsaan Sains Komputer dan Matematik 2010 (SKSKM 2010).

Each of us presented a paper. But our journey to Sabah was not about attending the conference. Hehehe..It was more on "jalan-jalan carik pasal"



It was 2 days conference but we stayed there for 5 days.haha...Memang sengaja nak stay lama. Tujuannya adalah untuk bershopping di Pasar Filipina, makan2 di Tanjung Aru, mengexplore adat2 rakyat Sabah dan menikmati keindahan Kota Kinabalu.


Kami bertiga presented our papers on the first day of the conference. Disebabkan itu, kami telah memontengkan diri pada hari kedua untuk berjalan2 di sekitar Kota Kinabalu dengan menyewa sebiji kereta.hehe..Tapi nasib kami tidak baik sebab hujan.huhu..serve u rite!!sape suh ponteng. Nikmati view dari dalam kereta je lah. Untuk mengubati kekecewaan, malam tu kami makan2 besar di Tanjung Aru.

Keesokan harinya, kami join committe conference pergi jalan2. Kali ni naik bas. Diorang bawa kami ke kaki gunung Kinabalu, berjalan2 di One Borneo dan Pasar Filipina. Best2!!



Sekarang ni kami tengah berusaha study untuk join another conference since it is part of our duty. Juga untuk berjalan-jalan.haha!

Monday, July 11, 2011

Wanita dan Pemanduan

Situasi A: Perbualan diantara lelaki dan wanita.

Lelaki: Kebanyakan kes kemalangan di jalan raya disebabkan oleh wanita.

Wanita: No!! Wanita merupakan pemandu yang berhemah.

Situasi B: Wanita is driving.

The wanita's car is moving slowly and steadyly to the right lane to takeover a truck without noticing there is a speeding car on the right lane coming from behind and there is an emergency braking situation.

Wanita: Ops!!Tak perasan. Sori...I kan pemandu wanita.


Hehehehehe

Wednesday, July 6, 2011

Cakap macam orang takde Agama

I miss my late maternal grandmother..so much!!

Ingat zaman dolu-dolu. Waktu saya tak berapa cerdik, unmature, knew nothing about life (loni pn takde la tau sangat-pengalaman tak bnyak mana pun) and 15 years old. Waktu tu baru habis form 3 and dah dapat keputusan PMR dan dah apply masuk SBP n MRSM sana-sini. Ntah kenape pegi apply. Orang sekeliling suh apply, kita apply jugak. Tapi orang lain dapat, kita tak dapat. hahahaha

Kecewa yang amat bila dapat tau direject. Walaupun sebenarnya sekarang rasa bersyukur sangat sebenarnya tak diterima dimana-mana. Tp sebab majoriti kawan-kawan dapat, kecewa rasa macam nak mati.huhuhu

Bila my nenek dengar saya kata:

"baik mati lah gini!!!" (ayat budak hingusan).

My nenek marah, beliau berkata:

"Farahanie!!mengucap!!kecek macam orang takdok agama!!" (kecek=cakap)

"ada hikmah la tu!!usaha2 dah.mesti ada hikmah. Allah SWT lebih tahu"

"bo kecek gtu" (stop saying that)

huhuhu

Walaupun kena marah...tp i still remember the moment. and i will always will...

Wednesday, June 29, 2011

Keberkatan Hidup

Benda paling penting dalam hidup. Hidup yang berkat, seceruk penjuru terpencil mana pun kita berada dan sekecil seciput manapun wang yang kita ada, hidup akan lebih bermakna.

Bagaimana nak dapatkan hidup yang berkat?

Some said:

Jaga akidah. Iman perlu dijaga. Bersederhana dalam segala hal. Bertanggungjawab terhadap amanah. Jaga hati (jauhkan daripada penyakit hati yang boleh merosakkan akidah dan pegangan). Jauhkan dari syirik (Nauzubillah). Ikhlas.

Apa2 pun, yang paling saya ingat disini adalah ayat Dr.Wan (one of my mentor)

"Ingat DIA DIA DIA dan DIA (ALLAH SWT), tanpa keizinannya semua di atas takkan berlaku. Even to blink our eyes pn takkan boleh"

Open your mind Farahanie!!

Bab kata one of my bestfriend:

"Buka minda daripada viewing life dari dalam bilik ke viewing life dari atas bumbung dan seterusnya"

Aikk!! Ada kena mengena ke dengan topic Keberkatan Hidup ni. hehe...

Monday, June 27, 2011

OMG

Oh my gosh!!!

Go away please!!

The bad feeling inside me.

Go go away!!

I don't like u

go go go!!

shhuhh...shhuhh...shhuhh!!!

Thursday, June 16, 2011

We are made from stardust???

Stardust: 2007 fun fantacy fairy tale movie

This is not a movie review and this post is not about the movie. Cuma ada sedikit kaitan. Kenalah cita sikit pasal movie ni. It is about a man accidently falling in love to a beautiful woman who is actually a fallen star.

Hehe..sangat berfantacykan

Tp honestly, saya lebih gemar nonton movie sebegini berbanding nowadays based on reality movies yang sangat menyedihkan. Sangat tak suka!Ini serius!

Ok!Kembali ke pangkal jalan.
Saya dah agak hampir lupa dengan movie Stardust ni sebenarnya. Tp, baru-baru ni saya ada terpandang satu artikel yang tittlenya: "We human are made from stardust".ZZAP!!Terus teringat movie ni.

Betul ke ni?? Macam tak logik je...mmm...saya pun baca la artikel tu sampai habis.

Ooooo...Artikel tersebut bukan memaksudkan bahawasanya manusia ini adalah transformasi daripada stars seperti dalam cita Stardust. Memang bukan sama sekali. Kita ni keluar dari perut mak kita kan.

Apa yang dimaksudkan dengan "We human are made from stardust" adalah:

Semua atom iron dalam darah kita, atom kalsium dalam tulang kita dan atom oksigen dalam paru-paru kita were once at the heart of a giant star.

All the elements in human body except for hidrogen were once the elements of a star.

Gtu ke...baru la logik...

Tuesday, June 14, 2011

When u were 7....

When i was 7...

I was in primary school (standard 1)

I was the eldest of 3 (now i am the eldest of 5)

We were living in Lundang, Kota Bharu

I used to pee in class once (too scared to tell cikgu to go to toilet..huhu)

I was the top scorer for English in class (huahua...itu dulu..loni ntah ape...macam la bagus)

I had my first dental appointment (huhu...tak shuka)

I was innocent (skrang pun..hehe)

I had my first class "ngaji"

I was sangat "bolok" n "purah" (katonye ore klate..haha)


When i was 7...my name is Farahanie bt Fauzi

Resah Gelisah: Part 2

Sambungan daripada post "Resah Gelisah" sebelum ni.

Sangat tidak suka apabila dilanda perasaan gini. Tidak tenang, berdebar, duduk tak senang, nak buat keje takleh fokus n macam2 lagilah. Nak mintak pertolongan tak tau nak mintak tolong ape n dengan siapa?

How?

Perasaan marah, malu, sedih, gembira, pilu, sayu dan sebagainya tidak kira yang positif atau negatif sebenarnya dijadikan oleh Allah S.W.T. Dan semua perasaan dan emosi yang manusia alami ini merupakan nikmat yang diberikan Allah S.W.T kepada hambanya.

Allah S.W.T menjadikan sedih untuk merasai gembira.
Allah S.W.T menjadikan gelisah untuk merasai ketenangan.
Allah S.W.T menjadikan marah untuk merasai lemah lembut.
Kesimpulannya, jika Allah S.W.T tidak menjadikan perasaan negatif, hambanya tidak akan menghargai malah tidak akan sedarpun akan kehadiran perasaan positif.

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan perasaan negatif dan mengembalikan perasaan positif?
Bagaimanakah cara untuk menghilangkan perasaan resah gelisah ni?
Bagaimanakah cara untuk melapangkan dada ketika dilanda kesulitan?
Bagaimanakah cara untuk menghilangkan rasa susah hati?


Kembali kepada Allah S.W.T. Hanya pada Dia sahaja tempat kita memohon. Hanya dengan kebenaranNya sahaja semua perkara berlaku.

Nabi Yunus a.s ketika berada didalam perut ikan nun yang tidak selesa telah membaca doa dan berzikir:

لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”

Sesudah membaca doa ini, Nabi Yunus a.s merasa lebih tenang dan lapang berada di dalam perut ikan nun dan akhirnya terselamat juga.

Jadi, jom kita sama-sama mengamalkan membaca zikir dan doa ini. Jadikannya sebagai zikir harian untuk mendapatkan ketenangan dalam menghadapi aktiviti hari-harian.


AMIN!!

Saturday, June 4, 2011

Babies vs Adults

Untalking babies.
How they ask the parents for their needs?

CRY! ye betul! (bravo2!)

When they are hungry. CRY!
When they are sleepy. CRY!
When they are uncomfortable with their diapers. CRY!

Kesimpulannya, when they are unhappy with something. All they have to do is CRY! Then the parents will automatically know that their babies are in need.

Talking adults.
How they ask for their needs? how they express their feelings? and how they tell their points of view?

They TALK! (bravo2! lagi)

They just can ask for anything that they need, can express their feeling and can freely give their opinions by using any kind of language that they know and comfortable with.

But, what if their needs and opinions are ignored or they don't even have the chance to speak up for what they need?

Should they cry out loud asking for their needs like babies??

Wednesday, June 1, 2011

Kepercayaan

Teringat waktu menghadiri Induksi on Dec 2009.

Salah seorang instructor telah dengan tidak sengajanya reveal her personal life. Beliau adalh ibu tunggal. Bukan kematian suami, tetapi ditinggalkan suami (bercerai). NAUZUBILLAH

Beliau dengan sangat emosinya berkata:

"Kita tidak boleh percaya dekat sesiapapun even husband sendiri"
She was very furious.

Audience terdiam dan saya juga terdiam. Tp saya terdiam bukan sebab statement instructor tu, tapi sebab she revealed something yang tak sepatutnya kepada 400++ audience in the middle of majlis rasmi. Rasa macam tak sesuai. Dengan sangat beremosi pulak tu. Biasa la tu kan. Emotion mendominasikan rational thought.

Bagi saya la kan.

It is ok untuk menaruh 100% kepercayaan dekat someone.

Tp jangan 100% percaya yang that someone will always and forever be yours.

Friends vs Enemies

Ada satu joke.

A little bird was flying south for the winter. It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field. While he was lying there, a cow came by and dropped some dung on him. As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was. The dung was actually thawing him out!

He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy. A passing cat heard the bird singing and come to investigate. Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him...huhu...

Morals of the story.

Not everyone who puts troubles on you is your enemy.
Not everyone who gets you out of troubles is your friend.

Joke ni sebenarnya adalah line Julianne Moore dalam 1995 Julianne Moore and Sylvester Stallone movie 'ASSASSINS'...hehe

I LOVE THIS JOKE AND IT IS SO TRUE!

Nothing in this world is ours

Siapa suka tengok Kimora Lee Fabulous Life reality TV show mesti terperasaan satu kenyataan Kimora Lee yang berbunyi lebih kurang macam ni:

"Money come and go, husband come and go, but children stick with you"

Ye ke???

Ada satu lagi kisah. My mak cerita kisah jiran-jiran tetangga (bukan mengumpat ye..hoho)
Salah seorang anak kepada jiran lebih menyerlah akademiknya berbanding adik-beradiknya yang lain. The rest habis je SPM, tak sambung belajar dan terus kerja dan berkahwin.

Jadi, untuk menyara pengajian si anak yang seorang ni, si parents bertungkus lumus mencari duit dan akhirnya berjayalah si anak dan bekerja. Tp, 2,3, bulan bekerja si anak nak kahwin. Bila dah kahwin tau-tau lah kan. Mesti nak kena sara anak bini.

My mak kata. Kesian si parents.

MMMM...

Masalahnya memang macam tu. Nak buat macam mana. Kehidupan memang macam tu.

NOTHING IN THIS WORLD IS OURS. Even anak sendiri pun bukan kita punya. ALLAH S.W.T pinjamkan sahaja.

Sunday, May 29, 2011

Sabar

Someone told me "I don't feel like you are with me when i am in need".

Ouchh!!

I was like "So??Do you think you were with me when i was in need?"
It made me feel very sad and also mad.

I was not saying it out loud becoz i knew that she didn't mean it and she was in need.

SABAR JELAH!!!

Sunday, May 22, 2011

thats it!

thats it!

perlu bertindak sekarang sebelum terlambat!

nnti menyesal!

go!

journey MACHANG-KB

while driving 40km alone dari Machang ke rumah di KB (hampir la) selepas menyelesaikan tanggungjawab, saya turn the audio on dan press butang2 untuk cari fm yang mendendangkan lagu-lagu bes.

FM 1 tengah bercerita, tak larat nak dengar. letih-letih ni kepala nak dengar hawa-hawa telinga yang best dan menenangkan sahaja. hawa-hawa yang boleh menghilangkan stress dan yang boleh melupakan perkara-perkara yang tak patut di ingat.

Press lagi.

FM 2 iklan.adus!

Press lagi.

FM 3 berita.alamak tak mau..walaupun perlu sebenarnya.

Tekan lagi.

FM 4 Rudy tengah merosakkan lagu.tak mau. sambil tekan, mata fokus ke jalan. 8km/hour je. tak laju kan? kelajuan biasa dah tu.

Dalam tekan-tekan tu dapatlah satu FM yang memutarkan lagu yang agak familiar. ok lah.boleh lah layan.nasib baik ada daripada tak ada.akhirnya...untuk menghilangkan rasa mengantuk dan bosan, saya dalam tidak sedarnya telah dengan semangatnya turut sama menyanyikan lagu itu. agak tinggi jugakla volume suaraku. who cares kan? dalam kereta sorang2. bukannya orang boleh dengar merdu ke sumbang ke. orang tak kisah, dan saya pun tak kisah.

cuma dari luar, orang akan kata "semangatnya kakak dalam kereta tu menyanyi, penuh emosi" itupun kalau ada orang terpandang dan terperasan. macam la ada...

nyanyi punya nyanyi, akhirnya habislah lagu tu..sy pun kembali diam dan kembali fokus ke jalan raya dan DJ FM kembali dengan tugasnya. dalam DJ tu omong-omong, tertangkaplah ayatnya yang maksudnya lebih kurang begini:

"lagu 1 MALAYSIA itu diilhamkan sepenuhnya oleh warga LIMKOKWING UNIVERSITY"

OUCHH!!!

Saturday, May 21, 2011

sekolah

Sekolah..mmmm...do i miss my school's life? mmm...darjah 1,2,3....6, form 1,2,.....5.mmm...fikir lagi...mmmm....tak sangat kot..hehehe...but i do remember the teachers, the environment and of course the friends..Are we keeping in touch? yes, we are..tp only 5 of them are in my contacts' list (hehe..jahat dih) and almost half of them are in my FB friends' list.

tp sy ingat semua mereka walaupun kadang-kadang terlupa untuk ingat..masing2 ada life sendiri..normal la kan..manusia

our school's life leads us to our present life jugak kan sebenarnya...ntah la..ye kot...di sekolah apa yang kita faham adalah, anak2 murid yang habis sekolah dengan theorynya high scores adalah orang2 yang berjaya dan bakal berjaya dalam hidup...mmmmm...tp sebenarnya, life is not all about facts and theory...not at all!!!

Friday, May 20, 2011

500 days of summer

500 days of summer..penah tengok x cite tu?best!!..bagi saya.cite ni banyak explain pasal takdir, kebetulan dan pasal cara kita handle dan control emosi.emosi ni xleh nak difikir sangat sebenarnya, kate org "no hard hard feeling".boleh jadi gila

"Summer" dalam cite ni bukannya musim panas tp watak pompuan yg hero dalam cite ni hangout sama2 dalam masa 500 hari dan terfall in love with.sy suka watak 'summer'...i used to be 'summer' and i miss the 'summer' in me..dulu...she believe in takdir dan semua perkara yang jd are all coincidence.she is the most coolest person ever. 'summer' buat ape saje yang beliau rasa beliau nak buat selagi beliau happy.dan bila beliau rasa xsure n unhappy, she will automatically stop doing it. it just happen and it was meant to be.

ada satu line 'summer' dalm movie ni yg saya sngat suka yg berbunyi begini

"i like being on my own, relationships are messy and people's feeling get hurt. who needs it? we are young, living in the most beautiful city in the world. so, have fun while we can."

tp kadang2 'summer' ni nampak macam selfish...sebab xjaga perasaan org lain.tp kan..sebelum jaga perasaan orang lain..kita sepatutnya jaga perasaan kita sendiri dulu..kan?love yourselve before you love someone else...i love 'summer'!!

and i love all the songs in it!!

Tuesday, April 12, 2011

sayang nyer!!!

Dear kawan2 di KPTM.

Saya telah dengan tidak sengajanya terdelete post2 sewaktu di KPTM (2008 & sedikit 2009).

Kisah2 hari keluarga di Port Dickson.

Kisah tarian "sungai Pahang"

Kisah makan ice-cream goreng.

Kisah bilik sewa di rumah Kak Nor n housemate Ally (Taman Guru).

Kisah kuih sagu Ally.

Kisah berpuasa di Pahang.

Kisah air nenas parut.

Kisah 'fly' pegi beli lunch dekat belakang KPTM.

Kisah warga2 KHI.

Sangat rindu sama KPTM!!!

Wanita

Aisyah menceritakan kisah seorang gadis yang datang kepadanya dan mengadu, "Ayah memaksa saya berkahwin dengan sepupu saya. Beliau mahu menunjukkan kuasanya ke atas saya. Saya tidak suka perangainya." Aisyah pun mengajaknya menunggu kedatangan Nabi Muhammad bersama-samanya bagi mendapatkan nasihat.

"Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad pun datang lalu Aisyah menyampaikan aduan si gadis. Beliau memanggil ayah gadis itu dan memberitahunya yang keputusan menentukan suami terletak di tangan anaknya."

"Tetapi si gadis berkata, 'Wahai pesuruh Allah, sebenarnya saya rela berkahwin dengan pilihan ayah. Saya hanya mahu memberitahu kaum wanita yang mereka tidak boleh dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.'"

Dipetik dari "Aisyah Ummul Mukminin : Keanggunan Sejati" (Author: Sulaiman An-Nadawi)

So wanita2, fight for your rights!!tak semestinya dalam soal jodoh...dalam hak2 wanita yang lain jugak

Thursday, March 31, 2011

u are not cracking up..ur just getting older

u are not cracking up..ur just getting older...lagu oasis...hari tu my best buddy bgtau die rase seperti lirik lagu tu...rase macamana?rase bosan ngan life kot..bosan ngan daily routine..pegi keje..balik keje..tido...n seterusnya...sama setiap hari..kawan sorang2 dah kawin dan sibuk ngan family msg2..ada kawan2 yang tak kawin pun pun still rase bosan..hangout sama2,suka sama2,makan sama2,last2 malam balik rumah masing2 sorang2 jugak..ada la housemate tp sorang jugak...kosong kata beliau..

ada orang bgtau tanda2 tu menunjukkan kena kawen..tp ade je jugak orang dah kawen mengalami perasaan yang sama dan seterusnya boleh menyebabkan masalah dalam rumahtangga..mintak jauh..

mmmm....kenape ye??rasenye la kan. kalau perasaan gtu timbul dalam diri, maksudnya belum kuat pegangan hidupnya...maksudnya...hubungan kita dengan Allah S.W.T tu belum kuat...kalau kuat..kita akan lebih bersyukur dengan nikmat..nikmati apa yg kita ada..lebih mernghargai perkara sekeliling..hargai diri sendiri..lebih menghayati persekitaran, kawan2 n family..dan everything around us akan jadi part of us...tak sempat pun nak rasa bosan...ye kan...believe it or not..beberepa menjak ni perasaan my best buddy tu dah berjangkit dekat me...haha...maksudnya...my relationship dengan Allah S.W.T tak kuat la ni...MasyaAllah...

I LOVE MY BEST BUDDY SO VERY MUCH!UR NOT CRACKING UP..UR JUST GEETING OLDER DEAR

Sunday, March 27, 2011

think positive please

macam2 prangai manusia...n no one is perfect...knaper org tu buat gtu..why die tu prangai gtu...ooo...sebab tu ke die buat gtu...patut la...

as told by my sis farah iylia..one of her lec told her rasenye

one guy naik train ngan 2 anak nya
both anak sangat nakal n sangat bising
tp sepatah ayat pn tak kluar dr mulut beliau utk tegur anaknye
marah lagi la tak kan
passengers lain annoying dengan keadaan itu
n beberapa org tu dah mengutuk sakan d guy dengan anak tu
tak pandai jaga anak n sebagainyalah
ye la dalam keadaan sesak2 n semua org letih balik kerja
one of other passengers tegur dat guy "encik2..boleh tak encik bgtau anak encik tu suh diam sikit"then that guy jawab "sy memang tengah pk ni macam mana nak bgtau anak2 sy".passenger tu kehairanan..bgtau jelah kan.ape yg susah sangat...then d guy sambung lagi..."sy tengah pk macam mana nak bgtau anak2 sy yang mak nye baru je meninggal".....passenger tu terus terkedu...huhu...sedihnya


Friday, March 11, 2011

Resah Gelisah

adula...bakpo jd gni ni...resah n gelisah tak tentu pasal...macam ada benda tak settle..mmg bnyak pun keje tak setle..assignmnt student bertimbun2 tak mark..but it's not it...benda lain ni..gapo dio???xtau...huhu...sebab tua kot.rase macam muda lagi..raso nak marah dekat semua orang.kesian semua orang..they are innocent...istighfar banyak2 farahanie...ASTAGHAFIRULLAHAL'AZIM....

Saturday, January 22, 2011

Impassioned Reaction


i did something very bad yesterday that i regret today...adula...the bad thing i did ni berpunca drpd stupid things yang berjaya hurt me and membuatkan perasaan marah membuak2. i realized it was controlled totally by my emotional thought. uncontrolled by my rational thought. rase2nye ok je kan impassioned reaction ni..kirenye semua orang penah melalui..normal la tu...tp it is NOT ok when we have to deal with regret or perasaan bersalah yang menghantui smpai bile2.so how?

how to control or balance both thought ni (rational n emotional)?xtau la...mmm..boleh ke balancekan 2 benda alah ni (kiranya balance kepada ratio 50:50)?rase2nyelah tak boleh..emotions surely akan mendominasikan rational thought.emotional control over mind lagi kuat daripada rational..kenape jd gtu?maybe bcoz we are Homo Sapiens, thinking species yang have feelings.FUH!




Friday, January 21, 2011

Dream



i'm dreaming of a little home for me...WAAAA...skrang ni the feeling of beli set cadar, set pinggan mangkuk, langsir membuak2 dalam jiwa.kalau dulu g window shop baju2 kasut2..outfitslah senang citer..tp sekarang benda2 rumah yang menarik perhatian...maybe becoz of meningkatnya umur kot..terpk2 warna tema rumah, kind of perabot, interior design...huhu...bestnya kalau ada sebiji rumah kecik just for me..to express the little soul of mine..n to test my ability to urus rumah and tanggungjawab as a housewife...majalah yg dibeli skrang pn dah lain..dulu cleo, womensweekly n sebgainya lah..tp skrang dah tukar anjungseri,homedeco n sebgainyalah...skrang dah makin faham kenapa mak suka mjlh2 begitu....transformation!


its not perfect but its right



kesan Ngangkung...ade satu scene dalam muvi tu yg menyebbkan ayat ni kluar...scene lepas hero (lupa nama watak) menampar ank die..lari ke mana entah...sambil2 si hero duk muhasabah diri tibe2 ada pakcik tua miskin dtg kutip tin kosong utk dijual. sumber rezeki pakcik tu.walaupun nmpak sangat menyedihkan tp rezeki tu halal...rezeki halal berkatlah hidup...ITS NOT PERFECT BUT ITS RIGHT!



release

if it is better for you to go...


then i release you....



Thursday, January 6, 2011

Banjir...o...banjir.. jom kita masak popia

Banjir...o...banjir.. jom kita masak popia..tak best langsung post ni...biarlah..teruskan je

Musim tengkujuh melanda..huhu..bes..xpanas.tp seksa.waktu gnilah terpikir nak beli dryer machine, nak tambah hanger n sebagainya..semua benda makan tp still lapar.nak kluar jalan pikir 40 kali.nak shopping fulus tak ade.nak buat keje ofc..hehe..malas..tarik selimut tdo lg bes..lapar2..nak makan ape..masak mknn plg senang n sedap..mmmm...tau2.popia.bes2!..

ok!lets start..bahan yg diperlukan..kulit popia, timun batang,carrot,ubi sengkuang,tauge..one of friends cakap masuk nugget ayam bes jugak..tengok dalam peti..alamak xde nugget..skip nugget..buat dengan bahan yg mane ade je..

parut semua2 sayur..gaul sekali..letak atas kulit popia,lipat2 ..alamak gandum xde utk xnak bg lipatan terbukak..2nd kaedah..guna telor...harap jadik..habiskan semua sayur yg ada.lipat2..dpt dalm 20 popia...goreng..yeah..menjadi..lipatan xterbukak..makan panas2 cicah ngan sos cili...mantap!