Sunday, August 14, 2011

Iktikaf


Iktikaf bermaksud berdiam diri di dalam masjid sebagai satu ibadah sunat pada bulan Ramadhan terutamanya 10 Ramadhan terakhir.

Berdiam diri??

Takde la berdiam diri semata-mata..Perlulah kita iringi dengan zikir, tafakkur dan berdoa. Memohon keredhaan dan keampunan Allah S.W.T.

Untuk beriktikaf kita perlu berniat, berdiam diri di dalam masjid yang biasa digunakan untuk solat Jumaat, baligh serta bersih dari sebarang hadas.

Beriktikaf boleh membantu kita mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari godaan dosa dunia dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sia-sia.

No comments:

Post a Comment