Tuesday, June 14, 2011

Resah Gelisah: Part 2

Sambungan daripada post "Resah Gelisah" sebelum ni.

Sangat tidak suka apabila dilanda perasaan gini. Tidak tenang, berdebar, duduk tak senang, nak buat keje takleh fokus n macam2 lagilah. Nak mintak pertolongan tak tau nak mintak tolong ape n dengan siapa?

How?

Perasaan marah, malu, sedih, gembira, pilu, sayu dan sebagainya tidak kira yang positif atau negatif sebenarnya dijadikan oleh Allah S.W.T. Dan semua perasaan dan emosi yang manusia alami ini merupakan nikmat yang diberikan Allah S.W.T kepada hambanya.

Allah S.W.T menjadikan sedih untuk merasai gembira.
Allah S.W.T menjadikan gelisah untuk merasai ketenangan.
Allah S.W.T menjadikan marah untuk merasai lemah lembut.
Kesimpulannya, jika Allah S.W.T tidak menjadikan perasaan negatif, hambanya tidak akan menghargai malah tidak akan sedarpun akan kehadiran perasaan positif.

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan perasaan negatif dan mengembalikan perasaan positif?
Bagaimanakah cara untuk menghilangkan perasaan resah gelisah ni?
Bagaimanakah cara untuk melapangkan dada ketika dilanda kesulitan?
Bagaimanakah cara untuk menghilangkan rasa susah hati?


Kembali kepada Allah S.W.T. Hanya pada Dia sahaja tempat kita memohon. Hanya dengan kebenaranNya sahaja semua perkara berlaku.

Nabi Yunus a.s ketika berada didalam perut ikan nun yang tidak selesa telah membaca doa dan berzikir:

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”

Sesudah membaca doa ini, Nabi Yunus a.s merasa lebih tenang dan lapang berada di dalam perut ikan nun dan akhirnya terselamat juga.

Jadi, jom kita sama-sama mengamalkan membaca zikir dan doa ini. Jadikannya sebagai zikir harian untuk mendapatkan ketenangan dalam menghadapi aktiviti hari-harian.


AMIN!!

2 comments:

  1. doa yg diamal sejak skolah lg 2 farah.. hanya padaNYA kita utk segala kegelisahan. mpoga diberi ketenangan oleh NYA

    ReplyDelete
  2. iye...farah kdg2 lupa utk amal..huhu

    ReplyDelete